Pengertian Puasa
Sekiranya kita lihat kembali sejarah umat manusia, kita akan dapati terdapat sebahagian daripada mereka yang berpuasa dengan tujuan tersendiri, ada antara mereka yang berpuasa semata-mata untuk melahirkan rasa syukur setelah berjaya menghadapi ujian yang sangat hebat daripada Allah. Sebagai contoh, Nabi Nuh a.s dan pengikutnya berpuasa setelah terselamat daripada banjir dan taufan yang begitu lama. Begitu juga halnya dengan Nabi Musa dan pengikutnya yang berpuasa setelah terselamat daripada kepungan Fir’aun dan bala tenteranya. Ibnu Abbas meriwayatkan Rasulullah s.a.w, apabila sampai ke Madinah, baginda mendapati orang Yahudi berpuasa Asyura’, lalu baginda bertanya; “Apakah amalan yang kamu lakukan ini?” Orang Yahudi tadi menjawab: Hari baik yang Allah lepaskan Nabi Soleh, Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, lantaran itu Nabi Musa melakukan ibadah puasa pada hari itu. Rasulullah s.a.w berkata ; “Aku lebih berhak daripada Nabi Musa dan kamu semua”. Lalu Rasulullah s.a.w pun berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai supaya turut berpuasa.
Terdapat juga dalam kalangan nabi-nabi yang berpuasa semata-mata untuk melahirkan sifat ubudiyyah mereka kepada Allah dalam usaha mereka menghampirkan diri dan bertaqarrub kepada-Nya. Sebagai contoh, Nabi Daud a.s yang sudah terkenal dengan kuat berpuasa, sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah menyatakan dalam sabdanya yang bermaksud ; Puasa yang paling afdhal ialah puasa Nabi Daud. Dia berpuasa satu hari dan berbuka puasa satu hari. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Nabi Yusuf as. Sentiasa berpuasa walhal baginda dilantik menjadi pengerusi perbekalan negara Mesir pada zamannya. Ada orang bertanya kepadanya; “Kenapakah tuan berpuasa walhal tuan menjadi pengerusi perbekalan negara? Jawab Beliau “aku takutkan kekenyangan kerana kekenyangan itu boleh melupakan nasib orang-orang yang lapar.”
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda “Pernah Tuhanku menawarkan kepadaku untuk menjadikan lembah Mekah penuh dengan emas, aku menjawab; “Tidak ya Tuhanku,akan tetapi aku ingin kenyang sehari dan lapar sehari.Maka jika aku lapar aku semakin hampir dan ingat kepadamu,dan apabila aku kenyang aku akan bersyukur dan memujimu.”(Riwayat Tirmizi)
Syeikh Waliyullah Dahlawi menyatakan terdapat perbezaan di antara para rasul dalam melaksanaka ibadah puasa, Nabi Nuh a.s berpuasa sepanjang tahun,sementara Nabi Daud a.s berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari. Nabi Isa a.s berpuasa sehari dan tidak berpuasa dua atau tiga hari sementara Nabi Muhammad s.a.w berpuasa seolah –olah tidak ada hari yang nabi tidak berpuasa dan baginda rasul tidak pernah berpuasa sepanjang bulan kecuali bulan ramadhan.
Terdapat juga dalam ajaran agama lain yang menggalakkan pengikutnya melakukan puasa, seperti agama hindu, tetapi perlu difahami cara perlakuan mereka adalah berbeza dari sudut masa dan larangannya. Mereka berpuasa sehingga beberapa hari tanpa berbuka siang dan malam dan tidak boleh mencium apa sahaja bauan. Setelah merasai keletihan dan rasa penuh harap pada tuhan, barulah mereka memohon hajat mereka. Puasa seperti ini ditegah dalam islam kerana apabila tiba waktu berbuka, kita mesti berbuka, walaupun dengan sedikit makanan atau minuman.
Kita juga dapati setengah binatang ada yang berpuasa,seperti ayam apabila mengeram telurnya ,tanpa makan dan minum beberapa minggu malah sentiasa berada di tempat pengeramnnya sehinggalah telur itu menetas.Begitu juga ada sesetengah pokok yang berpuasa ketika mana pokok-pokok ini menggugurkan daun. Pokok memproses makanan melalui daun-daunnya, apabila daunnya gugur maka terhentilah makanan untuknya. Kesemuanya ini menunjukkan kebesaran Allah s.w.t. Semoga orang yang berakal mampu mengambil pengajaran daripadanya.
Bagi orang mukmin, ibadah puasa merupakan satu institusi pendidikan yang terbesar untuk mendidik budi pekerti melalui latihan secara teori dan amali sehingga mereka mampu memiliki sifat-sifat terpuji. Puasa adalah jihad dan penentang segala kegelojohan hawa nafsu, tipu daya syaitan yang sentiasa bermain di fikiran orang mukmin. Puasa juga dapat membiasakan manusia supaya memiliki sifat sabar dan tabah dalam menghadapi kesukaran yang terpaksa ditempuhi. Puasa juga mengajar kita supaya sentiasa beramanah dan bertanggungjawab samaada di masa terang atau berselindung kerana kita tidak ada orang yang dapat mengawasi seseorang yang berpuasa itu semasa is berpuasa kecuali Allah. Puasa juga mampu meneguhkan kemahuan serta menguatkan cita-cita. Lukman Al-Hakim telah berkata kepada anaknya “Wahai anakku apabila perut penuh dengan makanan, pemikiran menjadi lesu, kebijaksanaan menjadi kaku, manakala anggota pula menjadi malas untuk beribadah.
Puasa mengajar seseorang itu berdisiplin sejajar dengan tuntutan orang yang inginkan kejayaan dan ketaqwaan. Puasa menyemaikan benih kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia, juga melahirkan semangat bekerjasama di antara orang Islam. Ibadah puasa secara amalinya dapat memperbaharui hidup manusia dengan membuang sel-sel tua, memberi kerehatan kepada proses pengisaran makanan dan menjadikan badan bertambah sihat.
Perlu difahami bahawa falsafah puasa yang sangat penting ialah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa kepada Allah, di mana ibadah puasa mengajar kita erti ketaqwaan yang sebenarnya. Kita tidak akan melakukan segala larangan puasa di waktu siang hari walaupun kita mampu berbuat demikian. Segala-galanya itu adalah bukti ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Apabila ketaqwaan sudah tercapai maka seluruh anggota badan secara mudah untuk melakukan taat dan amal kebajikan. Ini dapat kita rasai pada bulan Ramadhan. Bacaan al-Quran, sedekah, tabarruk dan amal-amal kebajikan lain terlalu mudah untuk dilakukan. Nabi bersabda yang bermaksud : ” Puasa adalah pintu bagi semua bentuk ibadah ”.
Puasa merupakan salah satu ibadah yang telah difardhukan oleh Allah s.w.t ke atas umat manusia sejak dahulu lagi untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kewajipan berpuasa telah ditentukan oleh Allah ke atas hambanya agar mereka dapat membebaskan diri daripada dominasi ghazirah nafsu sehingga dapat menempatkan diri mereka mirip dengan kedudukan malaikat. Ibadah puasa walaupun pada zahirnya kelihatan negatif, namun ia sebenarnya menampakkan amalan positif pada hakikat dan jiwanya kerana dengannya seseorang individu itu akan merasai kehebatan ibadah ini secara praktikal. Oleh yang demikian, puasa merupakan salah satu rukun Islam yang diwajibkan ke atas semua yang bergelar Muslim.
Sejarah Puasa